JellyPages.com

Monday, 17 February 2014

Mekdi, Pakcik Customer dan Brekkie Wrap Chicken Roll

Setelah penat seharian bekerja di McDonald's, aku pun pulang ke rumah dengan rasa semangat yg membuak-buak semata-mata nak tulis entry ni. Sepertimana yang semua orang tau, hari ini adalah hari Isnin 17 haribulan Februari 2014. Ecehh nk gitaw tarikh bagai. Haruslahh, supaya semua cerita disampaikan dengan gempak. Orang yg baca pun boleh terbayang-bayang kekonon flashback. Hahaha

Maksud disebalik hari Isnin adalah, hari dimana Brekkie Wrap Chicken Roll yg sedang hangat di McDonald's berharga cuma RM1! Aku ulang ye? Cuma RM1! So, pada yg belum tahu, nak try brekkie wrap tu apa, pergi lah ke McDonald's berdekatan anda untuk merasai sendiri pengalamannya. Ewahhh agak-agak aku dah boleh jadi duta Mcd tak? Hahaha. 

Macam biasalah,manusia di Malaysia ni kan pantang dengar barang-barangan atau makan-makanan yg berharga murah ni. So, nak diceritakan dari awal, pagi tadi sebenarnya aku bangun lambat. Pukul 6.30 pagi baru aku sedar. Apa tak nya, melayan blog jahanam ni sampai pukul 2 pagi mana tak lambat? Haha. Dah mandi-mandi segala tu, aku pun berangkat lah keluar rumah bersama Bapak Jamal. Jam menunjukkan ke pukul 7.05 pagi. Nak nak time tu pulak Bapak Jamal sesibuk nk singgah beli nasi lemak! Aku dalam hati tu menahan je. Aku dah lah lambat, Bapak Jamal semakin mengeruhkan keadaan. Elehh, mcm apa je mengeruhkan keadaan. Salah sendiri bangun lambat, tetiba nk salahkan bapak ye tak? Hahaha

Aku sampai tempat kerja dalam pukul 7.20 macam tu. Keluar kereta je aku nampak ramai orang beratur kat luar Mcd. Aku dah cuak. Dalam hati terdetik, ada perhimpunan boikot ke apa? Ataupun, dorang beratur nk tuntut balik duit dorang sbb Mcd tak sedap? Ewahh macam tak logik je. Dah bertahun-tahun kau makan Mcd, tetiba harini kau nak serang Mcd pahal? Dah jadi tahi dah pun benda alah tu. Aku pun berjalan slow slow menyusuri keramaian orang ramai. Tetiba pagi-pagi nak 'excuse me please?' pulak kan? Dah tu, nak halang halang jalan aku pulak. Aku dah lah lambat, dia main sorok-sorok pulak dengan aku. Ada yg aku bungkus dalam pembungkus Brekkie Wrap tu kang. Ada yg pandang muka tak puas hati sbb aku potong jalan dorang. Hello, aku pakai baju Mcd okay? Apa,ingat aku hadap sangat Brekkie sehengget tu? Dah naik sebu lah perut aku makan benda alah tu. Ewahh, ayat tak nak kalah je kau ni kan Makcik Idah?

Setelah berjaya menyusup masuk ke dalam Mcd, aku pun berlari-lari masuk sbb dah lambat. Tapi nasib baik takde manager marah aku datang lambat. Dah semorang dok sibuk membungkus Wrap tu, mana nk nampak ada crew yg dtg lambat. Kahkahkah. Ni kalau manager aku baca ni, mau dia potong gaji aku sebulan. Masak aku jadi mcm ikan tiga rasa. Hahaha. Lepas tu, aku pun punch in and start rushing cover balik mana yg order tu. Time tu aku nampak Brekkie tu berlambak-lambak kat tempat amik produk tu. Teruja sikit and jakun sebab aku first time kerja masa promosi brekkie ni. Dahlah ramai gila orang. Sampai aku, Miera dengan Abe berebut-rebut nk ambik wrap tu sbb nk cepat. Perghhh terbaik ah.

Dalam pada kesibukan kami tu, ada jugak yg mengambil kesempatan. Nak nak cina cina bak kut teh tu. Ada yg order kat drive thru sampai sanggup berpusing banyak kali semata-mata nk benda sehengget tu. Sampai bini dia siap keluar kereta tunggu kat tepi tingkap drive thru tu ha. Sbb brekkie ni boleh beli satu je per visit. Aku menahan je nak gelak masa bini dia buat muka selamba badak masa customer lain pandang dia dengan pandangan "what the hell are you doing"? Hahaha

Ada pulak yg mengambil kesempatan dengan order sekali kat drive thru tapi pusing sampai dua kali. Cemana tu? Maksudnya, dia ambil produk yg dia tak bayar a.k.a mencuri. Selalu sangat jadi cenggitu kalau drive thru. Tak beli tapi mengacah ambik produk lepastu buat muka tak malu. Memang aku haramkan sape yg makan barangan curi tu. Punya lah susah nk buat satu produk tu dengan cepat, dia dengan senang hati dan cepatnya mengambil tanpa membayar. Lepastu yg menyusahkan bila kereta belakang tak dapat produk dia. Mulalah nak complaint lambat ah apa ah. Customer tahu complaint, marah, nak cepat. Dia tak tahu yg kita kat dalam ni dah berlecak ketiak lari sana lari sini buat kerja nak cepat punya pasal. Dia senanglah, berhenti kat kotak, order, bayar, blah. Kitorang kat dalam ni, nauzubillah berlaga-laga sampai boleh buat gaduh oh berebutkan double cheese! Haishhh aku angin tetiba ni pahal?

Lepastu, yang paling aku sakit hati sampai rasa nak cabut hati ni letak plaster then telan balik bila ada customer bising-bising masa kitorang tengah busy. Sumpah, aku rasa nak hentak pale dia pakai brown tray tu. Si pakcik customer ni dahlah datang lambat, maksudnya lepas kupon semua habis diedarkan. Datang nak beli brekkie sehengget tapi kupon tak dak. Lepastu dia nak bisng bising sbb kitorang tak bagi kupon. Hallo, kitorang dah inform awal-awal kupon hanya untuk 500 pelanggan pertama. Dah kau bangun masa matahari dah terpacak memang tak dapat lah. Ada tu, dari pukul 4 pagi semalam dia tunggu semata-mata nk kupon tu. Siap buat khemah berkelah lagi dalam Mcd tu. Okay, tu tipu. Cuba lah pasang khemah dalam tu kalau nak rasa kena hempuk dengan meja Mcd tu ha. Si pakcik tu bila dah bising-bising, kitorang semua jadi hangin lah. Dahlah ramai, dia sibuk terpekik terlolong mcm apa je. Alahh beli jelah satu set. Baru RM4.25. Tak sampai pun 5 hengget. Ini, baru brekkie sehengget dah bising macam macam. Minggu depan kan ada lagi? Cuba bawak bersabar? Minggu depan datang awal sikit ye pakcik? Nanti saya serve baik punya. Pakcik nak beli 500 pun buleh, ye pakcik?

Haa tulah adat bekerja di restoran makanan segera. Semua benda nak segera je. Lambat sikit, kena marah.Memang lah customer always right, but they don't always right. Pekerja Mcd pun ada tahap kesabaran jugak. Kalau kau betul-betul marah, cuba bawak bincang elok-elok. Daripada terpekik terlolong semata-mata double cheese kau takde cheese, baik kau mintak je yg baru. Kan senang? Settle problem. Kitorang pun senang hati nak buat kerja. Kau pun cepat je dapat makan daripada kau nk bising bising lagi dengan perut lapar kekonon nak tunjuk hak pengguna. Haktuihhh! Baru salah sikit, dah keluar buku hak-hak pengguna dia. Abis hak pekerja Mcd takkan takde? Kitorang pun ada hak nak halau kau balik kalau kau punya kecoh macam kau dapat pembungkus burger tu je. Rileks and cool is the key to a good food. Wahh tagline baru ni. Lepas ni, boleh suggest kat owner Mcd tagline baru. Nama aku pun naik. Tetiba -..- 

Haaa itu jelah untuk entry harini. Tetiba, teringat pulak dulu masa kecik-kecik, aku selalu merajuk dengan mak aku bila aku mintak sesuatu tak dapat. Aku selalu cakap mak aku kedekut ah apa ah. Bila dah kerja ni, baru aku tau kenapa mak aku tak belikan aku benda-benda remeh yg tak sepatutnya dibeli. Membazir tahu? Cari duit tu punya susah. Balik kerja penat. Badan sakit-sakit. Sekarang aku dah rasa cemana penatnya cari duit. Even kau nk belanja seringgit pun macam sayang sebab benda tu dapat daripada hasil titik peluh kau sendiri. Sayang dohh. So belajarlah simpan duit, ingat sikit kat orang tua yg dah besarkan kita dari kecik. Cuba bayangkan berapa duit yg dorang keluarkan masa dorang bela kita dulu. Tak ternilai tahu? Jadi hargailah setiap apa yg orang tua buat untuk kita. Dorang bukan mintak harta pun, cuma perlu penghargaan dari anak-anak. Alalalahh emosional pulak aku di petang yg hening ni kan? 

Apa-apa pun, nikmati hidup selagi boleh. Hargai orang tua selagi mereka masih hidup. Adios, amigos, Assalamualaikum.

Sesiapa yg tak rasa lagi,pergilah ke Mcd dengan segera. Tapi kalau hari Isnin jelah dapat seringgit ni beserta dengan kupon ye? Sampai 24 haribulan Feb. je lepastu takde dah. *Aku taw kenapa dia bagi chicken roll murah, sebab dia tak sedap. Sausage lagi sedap.Wahahaha kuahaja punya crew. Nanti ada manager baca ni, kena blaclist kau terus kat Mcd seluruh Malaysia. Hahaha :p

No comments:

Post a Comment