JellyPages.com

Tuesday, 4 March 2014

Pembatalan Pemberhentian Pekerjaan

Assalamualaikum :D

Tatabahasa sangat entry kan? Hahaha. Sepertimana yg semua orang tahu,well tak semua orang lah. Aku kan kerja kat McDonalds? Mula-mula ingat nak berenti lepas habis bulan Februari. Tapi, ni March dan aku still stay kat Mcd. Kenapa? Ahaha sebab nya sayang gila nk berenti nokk! Sumpah, aku dah sayang dengan orang-orang Mcd tu. Eceeehh bukan orang yg patung Ronald tu -..- Maksudnya, crewcrew Mcd lah :) So, aku ambik keputusan kerja Isnin hingga Jumaat je. Sabtu Ahad cuti lahh. Hihihi

Other than that, aku xtaw nak cerita apa lagi doh. Serious! Hahahaha. Dahlah sekarang ni ada masalah air kat kawasan Klang ni haa.Nasib baik ada air simpan. Nasib baik jugak semalam mak aku dah basuh baju semua. Kalau tak, entah nk basuh pakai apa. Hahahaha jadi Cina pulak. Lap lap je pakai tisu basah. Ewwww hahahaah :pp


Monday, 17 February 2014

Crew, Crew Trainer, dan Manager

#Crew 1 :
Cukuplah aku sebut nama dia sebagai capital L. Dia ni jenis seorang yg berlagak, sombong macam dia sorang yg betul. Bak kata orang, dia ni OL a.k.a orang lama. Dah 9 tahun dia bekerja di Mcd tu. So, orang pun dah boleh kata dia otai lah. Tapi, walaupun dia otai atau orang lama, tak semestinya dia boleh buat sesuka hati. Yelah, siapa je dia? Nak kata crew trainer bukan, manager pun bukan. Satu sebab dia tak boleh naik pangkat sebab dia kerja part time. Aku bukan nak kutuk ke apa, tapi cara dia layan budak-budak baru macam aku ni macam hape je. Ayat dia kalau boleh rasa macam nak bagi dia makan sisa-sisa kumbahan kat kitchen dapur tu baru dia taw apa rasanya "mulut busuk". Hahaha kuahaja aku ni kan? Pegi mam"tuuut" sama dia! Kisah pulak aku. Yang penting aku tak suka dia dan aku akan jadi orang pertama yg tak setuju kalau dia naik pangkat. Belum naik pun perangai mengalahkan owner Mcd, ini kan pulak kalau dah naik. Akan ramai crew yg akan sakit hati dengan dia. Perghhh kaw kaw siot aku kutuk dia. Berapa banyak dosa dah aku buat ni. Kahkahkah :p

#Crew 2 :
Okay, yang ni aku suka. Nama dia Sharhan Iskandar. Perghh nama pun dah macam ambik dari novel kan? Dia kalau kau tengok, style dia ni macam swag swag sikit. Kau takkan caye dia baru 18 tahun. Padahal badan besar macam dah 20 lebih. Dah boleh jadi bapak orang dah. Aku suka dia sebab dia jenis yang open. Bila dia tak suka, dia akan terang-terang tunjuk yg dia tak suka kau layan dia macam tu. Kira, what you give, you get back. Macam mana kau layan dia, macam tu jugak dia balas. Bak kata orang, buat baik dibalas baik. Buat jahat jangan sekali. Tapi dia ni, orang buat jahat, dia balas kaw kaw punya. Dia akan perli kau setiap masa. Dia akan sengaja buat kau annoying taw? Hahaha. Aku suka kerja dengan dia. Gelak je. Dia dahlah suka loyar buruk. Aku cakap sepatah, berjeler jeler dia balas sampai aku malas nak layan -____-

#Crew 3 :
Okay yang  sorang lagi ni nama dia Bard. Dia dah nak jadi crew trainer dah pun. Dah lulus test, alhamdulillah dia dapat. First aku jumpa Bard, sumpah dia sombong gila dengan aku. Aku tahu lah aku baru kat situ, tapi dia selalu buat muka sombong bodoh dengan aku. Serious aku bengang je. Tapi, dah lama aku kat situ makin aku kenal dia, makin rapat dengan dia aku dah taw dia bukan macam tu. Dia baik je, selalu konon nak ber'baby' dengan aku. Hahaha bongok! *Tak memasal Bard terbatuk aku panggil bongok.* Dia jenis yang kalau kerja dengan dia, dia tak suka kau buat muka dengan dia. Dia akan cepat badmood. Betul lah selalu orang cakap, kalau kerja jgn campur dengan hal peribadi. Dia akan effect kat orang. Alaa, aku pun salu macam tu. Kalau badmood selalu je rasa macam nak tikam semua orang. Ambik kau, orang tak berdosa pun tak memasal kena tikam. So, kalau aku badmood jangan cakap dengan aku. Perghh ayat, psycho gila kan? Well, lumrah manusia. Tapi, aku akan cuba kawal badmood aku. Aku buat bodoh je. Kalau dilayan badmood kau tu, tak pasal-pasal kena tumbuk dengan orang sebab menyampah sangat dengan kau.

#Crew Trainer 1:
Basir adalah seorang ketua krew kat Mcd tu. Satu je perangai dia aku tak suka. Dia kalau badmood, dia akan buat muka dengan SEMUA orang kat Mcd tu. Kalau boleh denagn makcik cleaner, dengan customer sekali dia buat muka. Menyampah aku! *Wahh pandai nak menyampah dengan orang ye Makcik Idah? Sendiri tak sedar pulak kalau badmood* Aku pun tak tahu apa masalah dia. Aku rasa dia tinggal sorang kat rumah dia. Masalah kewangan kot. Hahaha. Kitorang, kalau dia dh buat muka cenggitu, buat tak tahu je. Kalau ditanya, muka dia semakin dibuat-buat kau taw? Yang itu boleh bawak gaduh taw? Rasa nak headshot, bagi flying kick sekali kat muka dia, bagi kemek terus. Haa sakit hati ni! 

#Crew Trainer 2 :
Teepanathnamusalagutimah. Haa panjang tak nama dia? Hahaha saje je tambah tambah. Teepan ni crew trainer yg best ah. Dia tegas-tegas pun boleh bawak gurau. First, dia memang macam sombong sikit, kau rasa nak benamkan je muka dia kat fryer ayam spicy tu ha. Lepastu dia kalau tak rapat dengan orang tu, dia pandang jeling-jeling taw? Jeling macam mata dia nak terkeluar dari bola dia. Haa apa kau merepek Maidah? Tapi, kalau dah okay dengan dia, baru kau tahu dia okay. Dia tu kadang-kadang masuk air jugak. Suka buat lawak bodoh. Kalau gitu, kau gelak jelah walaupun tak kelakar nye pun terber. Aku selalu gosipkan dia dengan Rushdi atau Zulkarnain sebab dia nampak macam suka kat dua orang tu. Haa, kau paham kan maksud aku? Hahahaha. Lelaki suka lelaki sama dengan eewww :p

#Manager 1 :
Part manager ni aku taip macam nak tak nak je. Tapi diseabkan entry dah tertulis cenggitu, terpaksa lah menggagahkan diri. Ewahhh macam lah kau kena daki Gunung Everest nak tulis benda alah ni. Hahaha. Kat Mcdonald's atau mana-mana pun ah kau kerja, kau akan jumpa sorang yang berperangai macam hampeh. Confirm semua tempat akan ada sorang macam ni. Kiki Febrianti ke hape nama dia. Aku rasa lagi sesuai Kaki kot nama dia. Hahaha kuahaja kan? Dia ni memang akan buat aku terus takde mood dengan serta-merta setiap kali aku nampak muka dia. Kalau masuk kerja aku akan usha dulu ada muka dia tak? Perghh dah tahap annoying much ni kan? Dia aku tak tahu kenapa aku rasa macam anti sangat dengan aku. Dia selalu buat muka dengan aku. Suruh aku macam-macam. Suruh aku duduk lobi lah, padahal aku baru lepak-lepak bercerita lima saat je. Tak logik betul semua action dia terhadapku. Sedih hati mak nokk :( Elelelehh. Tapi, sekarang dia macam dah okay sikit sbb harini birthday dia. Konon buat baik dengan harapan aku bagi dia present. Puiihhh lah aku nak bagi present. Hahahaha. Aku bagi kang terkejut tak terkata kau. Hahaha. Haishh dia ni kalau nak cerita pasal dia, macam-macam ada. Malas je aku nak taip seketul seketul pasal dia. Buat penat jari and membazir space je. Tak pasal-pasal tiga hari baru habis cerita pasal dia. Hahaha kuhaja lagi sekali. Derhaka betul crew ni terhadap managernya :p

Dahlah, aku penat ah cerita ramai-ramai ni. 50 orang tu pekerja mcd. Nak cerita sorang-sorang, sampai tahun depan baru aku habis menaip. Wahh itu tipu. Aku cuma malas. Kiranya yg aku cerita ni ada special character yg aku suka dan tak suka ah. Salah satu sebab aku nak resign pun sebab tak suka sesetengah krew yg cakap belakang. Pernah dengar talam dua muka? Depan kita baik kemain so sweet bagai, belakang-belakang, entah-entah kalau boleh kumpul kata-kata dia, dah lima bakul dia mengutuk kau. Dia lima bakul,aku balas sepuluh bakul nanti. Hahaha buruk perangai betul aku ni.Jangan tiru perangai ni. Tak elok untuk janin anda. 

Rasanya sampai sini je dulu sesi gossip gossip Mak Jemah bersama uolls. Aku dah penat dan nak mandi kerana Malaysia kan tengah kemarau. Kau kena rajin mandi dan minum air untuk mengelakkan dehidrate okay? Musim panas ni macam macam penyakit ada. So, sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah hujan angkat kain baju cecepat. *apa kena mengena?*

Okaylah, take care. Adios, amigos, Assalamualaikum :)


*baju merah tu adik aku. Gambar aku belum ada lagi untuk diabadikan dalam ni. Baju biru unifrom lelaki. Baju kelabu manager. Btw, yg bawah tu bukan Kiki. Itu kak Amalina :) Manager paling brutal wa cakap lu*

Mekdi, Pakcik Customer dan Brekkie Wrap Chicken Roll

Setelah penat seharian bekerja di McDonald's, aku pun pulang ke rumah dengan rasa semangat yg membuak-buak semata-mata nak tulis entry ni. Sepertimana yang semua orang tau, hari ini adalah hari Isnin 17 haribulan Februari 2014. Ecehh nk gitaw tarikh bagai. Haruslahh, supaya semua cerita disampaikan dengan gempak. Orang yg baca pun boleh terbayang-bayang kekonon flashback. Hahaha

Maksud disebalik hari Isnin adalah, hari dimana Brekkie Wrap Chicken Roll yg sedang hangat di McDonald's berharga cuma RM1! Aku ulang ye? Cuma RM1! So, pada yg belum tahu, nak try brekkie wrap tu apa, pergi lah ke McDonald's berdekatan anda untuk merasai sendiri pengalamannya. Ewahhh agak-agak aku dah boleh jadi duta Mcd tak? Hahaha. 

Macam biasalah,manusia di Malaysia ni kan pantang dengar barang-barangan atau makan-makanan yg berharga murah ni. So, nak diceritakan dari awal, pagi tadi sebenarnya aku bangun lambat. Pukul 6.30 pagi baru aku sedar. Apa tak nya, melayan blog jahanam ni sampai pukul 2 pagi mana tak lambat? Haha. Dah mandi-mandi segala tu, aku pun berangkat lah keluar rumah bersama Bapak Jamal. Jam menunjukkan ke pukul 7.05 pagi. Nak nak time tu pulak Bapak Jamal sesibuk nk singgah beli nasi lemak! Aku dalam hati tu menahan je. Aku dah lah lambat, Bapak Jamal semakin mengeruhkan keadaan. Elehh, mcm apa je mengeruhkan keadaan. Salah sendiri bangun lambat, tetiba nk salahkan bapak ye tak? Hahaha

Aku sampai tempat kerja dalam pukul 7.20 macam tu. Keluar kereta je aku nampak ramai orang beratur kat luar Mcd. Aku dah cuak. Dalam hati terdetik, ada perhimpunan boikot ke apa? Ataupun, dorang beratur nk tuntut balik duit dorang sbb Mcd tak sedap? Ewahh macam tak logik je. Dah bertahun-tahun kau makan Mcd, tetiba harini kau nak serang Mcd pahal? Dah jadi tahi dah pun benda alah tu. Aku pun berjalan slow slow menyusuri keramaian orang ramai. Tetiba pagi-pagi nak 'excuse me please?' pulak kan? Dah tu, nak halang halang jalan aku pulak. Aku dah lah lambat, dia main sorok-sorok pulak dengan aku. Ada yg aku bungkus dalam pembungkus Brekkie Wrap tu kang. Ada yg pandang muka tak puas hati sbb aku potong jalan dorang. Hello, aku pakai baju Mcd okay? Apa,ingat aku hadap sangat Brekkie sehengget tu? Dah naik sebu lah perut aku makan benda alah tu. Ewahh, ayat tak nak kalah je kau ni kan Makcik Idah?

Setelah berjaya menyusup masuk ke dalam Mcd, aku pun berlari-lari masuk sbb dah lambat. Tapi nasib baik takde manager marah aku datang lambat. Dah semorang dok sibuk membungkus Wrap tu, mana nk nampak ada crew yg dtg lambat. Kahkahkah. Ni kalau manager aku baca ni, mau dia potong gaji aku sebulan. Masak aku jadi mcm ikan tiga rasa. Hahaha. Lepas tu, aku pun punch in and start rushing cover balik mana yg order tu. Time tu aku nampak Brekkie tu berlambak-lambak kat tempat amik produk tu. Teruja sikit and jakun sebab aku first time kerja masa promosi brekkie ni. Dahlah ramai gila orang. Sampai aku, Miera dengan Abe berebut-rebut nk ambik wrap tu sbb nk cepat. Perghhh terbaik ah.

Dalam pada kesibukan kami tu, ada jugak yg mengambil kesempatan. Nak nak cina cina bak kut teh tu. Ada yg order kat drive thru sampai sanggup berpusing banyak kali semata-mata nk benda sehengget tu. Sampai bini dia siap keluar kereta tunggu kat tepi tingkap drive thru tu ha. Sbb brekkie ni boleh beli satu je per visit. Aku menahan je nak gelak masa bini dia buat muka selamba badak masa customer lain pandang dia dengan pandangan "what the hell are you doing"? Hahaha

Ada pulak yg mengambil kesempatan dengan order sekali kat drive thru tapi pusing sampai dua kali. Cemana tu? Maksudnya, dia ambil produk yg dia tak bayar a.k.a mencuri. Selalu sangat jadi cenggitu kalau drive thru. Tak beli tapi mengacah ambik produk lepastu buat muka tak malu. Memang aku haramkan sape yg makan barangan curi tu. Punya lah susah nk buat satu produk tu dengan cepat, dia dengan senang hati dan cepatnya mengambil tanpa membayar. Lepastu yg menyusahkan bila kereta belakang tak dapat produk dia. Mulalah nak complaint lambat ah apa ah. Customer tahu complaint, marah, nak cepat. Dia tak tahu yg kita kat dalam ni dah berlecak ketiak lari sana lari sini buat kerja nak cepat punya pasal. Dia senanglah, berhenti kat kotak, order, bayar, blah. Kitorang kat dalam ni, nauzubillah berlaga-laga sampai boleh buat gaduh oh berebutkan double cheese! Haishhh aku angin tetiba ni pahal?

Lepastu, yang paling aku sakit hati sampai rasa nak cabut hati ni letak plaster then telan balik bila ada customer bising-bising masa kitorang tengah busy. Sumpah, aku rasa nak hentak pale dia pakai brown tray tu. Si pakcik customer ni dahlah datang lambat, maksudnya lepas kupon semua habis diedarkan. Datang nak beli brekkie sehengget tapi kupon tak dak. Lepastu dia nak bisng bising sbb kitorang tak bagi kupon. Hallo, kitorang dah inform awal-awal kupon hanya untuk 500 pelanggan pertama. Dah kau bangun masa matahari dah terpacak memang tak dapat lah. Ada tu, dari pukul 4 pagi semalam dia tunggu semata-mata nk kupon tu. Siap buat khemah berkelah lagi dalam Mcd tu. Okay, tu tipu. Cuba lah pasang khemah dalam tu kalau nak rasa kena hempuk dengan meja Mcd tu ha. Si pakcik tu bila dah bising-bising, kitorang semua jadi hangin lah. Dahlah ramai, dia sibuk terpekik terlolong mcm apa je. Alahh beli jelah satu set. Baru RM4.25. Tak sampai pun 5 hengget. Ini, baru brekkie sehengget dah bising macam macam. Minggu depan kan ada lagi? Cuba bawak bersabar? Minggu depan datang awal sikit ye pakcik? Nanti saya serve baik punya. Pakcik nak beli 500 pun buleh, ye pakcik?

Haa tulah adat bekerja di restoran makanan segera. Semua benda nak segera je. Lambat sikit, kena marah.Memang lah customer always right, but they don't always right. Pekerja Mcd pun ada tahap kesabaran jugak. Kalau kau betul-betul marah, cuba bawak bincang elok-elok. Daripada terpekik terlolong semata-mata double cheese kau takde cheese, baik kau mintak je yg baru. Kan senang? Settle problem. Kitorang pun senang hati nak buat kerja. Kau pun cepat je dapat makan daripada kau nk bising bising lagi dengan perut lapar kekonon nak tunjuk hak pengguna. Haktuihhh! Baru salah sikit, dah keluar buku hak-hak pengguna dia. Abis hak pekerja Mcd takkan takde? Kitorang pun ada hak nak halau kau balik kalau kau punya kecoh macam kau dapat pembungkus burger tu je. Rileks and cool is the key to a good food. Wahh tagline baru ni. Lepas ni, boleh suggest kat owner Mcd tagline baru. Nama aku pun naik. Tetiba -..- 

Haaa itu jelah untuk entry harini. Tetiba, teringat pulak dulu masa kecik-kecik, aku selalu merajuk dengan mak aku bila aku mintak sesuatu tak dapat. Aku selalu cakap mak aku kedekut ah apa ah. Bila dah kerja ni, baru aku tau kenapa mak aku tak belikan aku benda-benda remeh yg tak sepatutnya dibeli. Membazir tahu? Cari duit tu punya susah. Balik kerja penat. Badan sakit-sakit. Sekarang aku dah rasa cemana penatnya cari duit. Even kau nk belanja seringgit pun macam sayang sebab benda tu dapat daripada hasil titik peluh kau sendiri. Sayang dohh. So belajarlah simpan duit, ingat sikit kat orang tua yg dah besarkan kita dari kecik. Cuba bayangkan berapa duit yg dorang keluarkan masa dorang bela kita dulu. Tak ternilai tahu? Jadi hargailah setiap apa yg orang tua buat untuk kita. Dorang bukan mintak harta pun, cuma perlu penghargaan dari anak-anak. Alalalahh emosional pulak aku di petang yg hening ni kan? 

Apa-apa pun, nikmati hidup selagi boleh. Hargai orang tua selagi mereka masih hidup. Adios, amigos, Assalamualaikum.

Sesiapa yg tak rasa lagi,pergilah ke Mcd dengan segera. Tapi kalau hari Isnin jelah dapat seringgit ni beserta dengan kupon ye? Sampai 24 haribulan Feb. je lepastu takde dah. *Aku taw kenapa dia bagi chicken roll murah, sebab dia tak sedap. Sausage lagi sedap.Wahahaha kuahaja punya crew. Nanti ada manager baca ni, kena blaclist kau terus kat Mcd seluruh Malaysia. Hahaha :p

Sunday, 16 February 2014

Akhirnya!!

Pergghh apa sial tajuk entry macam tak syok je. Ah lantak sama dia! Sekarang blog aku dah berubah. Dah jadi cantik macam tuannya. Aisehhh :p Punya lama aku bertungkus lumus menyiapkan dan mendapatkan design yg kuinginkan. Puihh ayat. Mohon sediakan baldi cecepat sebelum baca lebih banyak ayat yg bakal membuat anda termuntah pelangi tengah malam.

Whatever! Yang penting, aku dah boleh lega blog baru dah okay. Hope lepas ni aku tak lupa password lagi. Memang lawak kalau aku lupa password tetiba nak kena sign up acc baru, memang sumpah time tu aku hentak betul betul laptop ni kat dinding. Wa tak kira lu 3 bulan ka, tiga hari ka, wa hentak jugak, Wahh ayat dia kemain gangsta gituu. Sebelum aku hentak laptop ni, mak aku dah hentak kepala aku dulu. Mau hilang ingatan woo kena hentak dengan mak aku. Kau tak rasa lagi penangan dia. Belum lagi pengaki a.k.a kaki dia. Terus koma 39786890 tahun kau jawabnya. Okay, itu tipu. Nampak sangat membongak kan? Hahaha :p Sebenarnya, entry ini tercipta kerana rasa gembira aku terhadap blog yg ku design dari tadi. Eceehh padahal copy paste je code template dia tu, dah settle. Puihh cakap senang lah. Dari tadi, start aku bukak laptop pukul 10, sampai sekarang pukul 2 pagi baru settle. Nampak? Mengalahkan orang kerja opis. Poyo poyo je aku ni kan?

Apa apa jelah. Lepas ni, In Sya Allah aku akan kerap mempost entry pada masa akan datang. Puihh ayat mcm ramai sangat yg baca blog dia ni -____- Padahal aku sendiri tulis, aku sendiri baca. Perghh forever alone gila dohh. Err apa apa jelah Makcik Idah. Wa tidur dulu. Kira lah berapa jam je aku tidur. Kerja pukul 7 pagi. Cikgu math ajar mengira kan? Sape yg dah besar gajah dah boleh jadi bapak orang tapi still tak boleh kira lagi, perghhh korang mengecewakan cikgu math korang doh. Jatuhlah maruah dia anak murid still tak pandai mengira. Sedih dia kalau macam ni. Okay, apa aku merepek tengah malam ni?

Adios, amigos. Assalamualaikum :)

Welcome to a new world :)

Ecewwaahh entry nak welcome bagai kan? Actually, aku still sakit hati dengan blog baru ni. Sbb semua benda nak kena sign in dengan Google. Ape dehal bro? Poning palo hotak den! Geram je aku. Dahlah nk tukar background dari setengah jam yg lepas, aku dah siap mandi makan apa semua still tak dapat dapat lagi. Kesakitan pulak kehatian kite ni! Rasa nk hempas laptop banyak kali pegi dinding. Tp jangan! Wa sayang laptop wa. Tunggu dia umur 50 tahun dulu baru wa hentak hentak pijak, tempeleng pale dia sampai berdarah keluar membuak buak dan akan mati akibat kehilangan banyak darah. Hahaha. Tragis masa depan kau laptop oii. Nasib kau lah dapat tuan yg psycho macam aku ni :p

Sebenarnya nak cerita, kekonon entry welcome welcome bagai sebab konon dah welcome ke blog baru jahanam mcm hape je ni kan? Haishh tak habis lagi emosional ni haa. Dah lah tenet loading dia, pergghh aku rasa dah boleh turun naik tangga rumah 5 kali lepastu pergi dating kejap, lepak kedai mamak dua jam, dia tak stop loading lagi. Bangang tak bangang! Line mengacah penuh je tengah tengah malam ni haa, tapi hampehh lombap nak mampuih bak kata org nogori :p Yeke? Aku pepandai je. Whatever la. Itu bukan point nya. 

Masalah sekarang cemana aku nak buat supaya background blog ni lawa di pandangan mata pembaca? Wahh ayat aku. Nampak tak bakal jadi penulis novel disitu. Kuikuikuikui :p Apahal siot gelak cenggitu tengah tengah malam? Pegi mam*tuuut*! Tengok, first entry dah emosional bagai. Pahal doh Makcik Idah? Hahaha. Esok dahlah aku kerja pagi kau taw. Tp, aku bersengkang mata menahan kantuk yg tiap kali menyerbu di fikiran semata-mata nak buat blog haram jadah ni! Geram pulak aku asek asek tak jadi je! Geram taw? Ahh! Lantak lah. Esok ah aku bantai hias hias blog ni. Ecehh kekonon. Cakap hias bagai. Kau ingat ini cupcake ke nak hias hias? 

Apa-apa pun, adios amigos. Assalamualaikum :)