JellyPages.com

Monday, 17 February 2014

Crew, Crew Trainer, dan Manager

#Crew 1 :
Cukuplah aku sebut nama dia sebagai capital L. Dia ni jenis seorang yg berlagak, sombong macam dia sorang yg betul. Bak kata orang, dia ni OL a.k.a orang lama. Dah 9 tahun dia bekerja di Mcd tu. So, orang pun dah boleh kata dia otai lah. Tapi, walaupun dia otai atau orang lama, tak semestinya dia boleh buat sesuka hati. Yelah, siapa je dia? Nak kata crew trainer bukan, manager pun bukan. Satu sebab dia tak boleh naik pangkat sebab dia kerja part time. Aku bukan nak kutuk ke apa, tapi cara dia layan budak-budak baru macam aku ni macam hape je. Ayat dia kalau boleh rasa macam nak bagi dia makan sisa-sisa kumbahan kat kitchen dapur tu baru dia taw apa rasanya "mulut busuk". Hahaha kuahaja aku ni kan? Pegi mam"tuuut" sama dia! Kisah pulak aku. Yang penting aku tak suka dia dan aku akan jadi orang pertama yg tak setuju kalau dia naik pangkat. Belum naik pun perangai mengalahkan owner Mcd, ini kan pulak kalau dah naik. Akan ramai crew yg akan sakit hati dengan dia. Perghhh kaw kaw siot aku kutuk dia. Berapa banyak dosa dah aku buat ni. Kahkahkah :p

#Crew 2 :
Okay, yang ni aku suka. Nama dia Sharhan Iskandar. Perghh nama pun dah macam ambik dari novel kan? Dia kalau kau tengok, style dia ni macam swag swag sikit. Kau takkan caye dia baru 18 tahun. Padahal badan besar macam dah 20 lebih. Dah boleh jadi bapak orang dah. Aku suka dia sebab dia jenis yang open. Bila dia tak suka, dia akan terang-terang tunjuk yg dia tak suka kau layan dia macam tu. Kira, what you give, you get back. Macam mana kau layan dia, macam tu jugak dia balas. Bak kata orang, buat baik dibalas baik. Buat jahat jangan sekali. Tapi dia ni, orang buat jahat, dia balas kaw kaw punya. Dia akan perli kau setiap masa. Dia akan sengaja buat kau annoying taw? Hahaha. Aku suka kerja dengan dia. Gelak je. Dia dahlah suka loyar buruk. Aku cakap sepatah, berjeler jeler dia balas sampai aku malas nak layan -____-

#Crew 3 :
Okay yang  sorang lagi ni nama dia Bard. Dia dah nak jadi crew trainer dah pun. Dah lulus test, alhamdulillah dia dapat. First aku jumpa Bard, sumpah dia sombong gila dengan aku. Aku tahu lah aku baru kat situ, tapi dia selalu buat muka sombong bodoh dengan aku. Serious aku bengang je. Tapi, dah lama aku kat situ makin aku kenal dia, makin rapat dengan dia aku dah taw dia bukan macam tu. Dia baik je, selalu konon nak ber'baby' dengan aku. Hahaha bongok! *Tak memasal Bard terbatuk aku panggil bongok.* Dia jenis yang kalau kerja dengan dia, dia tak suka kau buat muka dengan dia. Dia akan cepat badmood. Betul lah selalu orang cakap, kalau kerja jgn campur dengan hal peribadi. Dia akan effect kat orang. Alaa, aku pun salu macam tu. Kalau badmood selalu je rasa macam nak tikam semua orang. Ambik kau, orang tak berdosa pun tak memasal kena tikam. So, kalau aku badmood jangan cakap dengan aku. Perghh ayat, psycho gila kan? Well, lumrah manusia. Tapi, aku akan cuba kawal badmood aku. Aku buat bodoh je. Kalau dilayan badmood kau tu, tak pasal-pasal kena tumbuk dengan orang sebab menyampah sangat dengan kau.

#Crew Trainer 1:
Basir adalah seorang ketua krew kat Mcd tu. Satu je perangai dia aku tak suka. Dia kalau badmood, dia akan buat muka dengan SEMUA orang kat Mcd tu. Kalau boleh denagn makcik cleaner, dengan customer sekali dia buat muka. Menyampah aku! *Wahh pandai nak menyampah dengan orang ye Makcik Idah? Sendiri tak sedar pulak kalau badmood* Aku pun tak tahu apa masalah dia. Aku rasa dia tinggal sorang kat rumah dia. Masalah kewangan kot. Hahaha. Kitorang, kalau dia dh buat muka cenggitu, buat tak tahu je. Kalau ditanya, muka dia semakin dibuat-buat kau taw? Yang itu boleh bawak gaduh taw? Rasa nak headshot, bagi flying kick sekali kat muka dia, bagi kemek terus. Haa sakit hati ni! 

#Crew Trainer 2 :
Teepanathnamusalagutimah. Haa panjang tak nama dia? Hahaha saje je tambah tambah. Teepan ni crew trainer yg best ah. Dia tegas-tegas pun boleh bawak gurau. First, dia memang macam sombong sikit, kau rasa nak benamkan je muka dia kat fryer ayam spicy tu ha. Lepastu dia kalau tak rapat dengan orang tu, dia pandang jeling-jeling taw? Jeling macam mata dia nak terkeluar dari bola dia. Haa apa kau merepek Maidah? Tapi, kalau dah okay dengan dia, baru kau tahu dia okay. Dia tu kadang-kadang masuk air jugak. Suka buat lawak bodoh. Kalau gitu, kau gelak jelah walaupun tak kelakar nye pun terber. Aku selalu gosipkan dia dengan Rushdi atau Zulkarnain sebab dia nampak macam suka kat dua orang tu. Haa, kau paham kan maksud aku? Hahahaha. Lelaki suka lelaki sama dengan eewww :p

#Manager 1 :
Part manager ni aku taip macam nak tak nak je. Tapi diseabkan entry dah tertulis cenggitu, terpaksa lah menggagahkan diri. Ewahhh macam lah kau kena daki Gunung Everest nak tulis benda alah ni. Hahaha. Kat Mcdonald's atau mana-mana pun ah kau kerja, kau akan jumpa sorang yang berperangai macam hampeh. Confirm semua tempat akan ada sorang macam ni. Kiki Febrianti ke hape nama dia. Aku rasa lagi sesuai Kaki kot nama dia. Hahaha kuahaja kan? Dia ni memang akan buat aku terus takde mood dengan serta-merta setiap kali aku nampak muka dia. Kalau masuk kerja aku akan usha dulu ada muka dia tak? Perghh dah tahap annoying much ni kan? Dia aku tak tahu kenapa aku rasa macam anti sangat dengan aku. Dia selalu buat muka dengan aku. Suruh aku macam-macam. Suruh aku duduk lobi lah, padahal aku baru lepak-lepak bercerita lima saat je. Tak logik betul semua action dia terhadapku. Sedih hati mak nokk :( Elelelehh. Tapi, sekarang dia macam dah okay sikit sbb harini birthday dia. Konon buat baik dengan harapan aku bagi dia present. Puiihhh lah aku nak bagi present. Hahahaha. Aku bagi kang terkejut tak terkata kau. Hahaha. Haishh dia ni kalau nak cerita pasal dia, macam-macam ada. Malas je aku nak taip seketul seketul pasal dia. Buat penat jari and membazir space je. Tak pasal-pasal tiga hari baru habis cerita pasal dia. Hahaha kuhaja lagi sekali. Derhaka betul crew ni terhadap managernya :p

Dahlah, aku penat ah cerita ramai-ramai ni. 50 orang tu pekerja mcd. Nak cerita sorang-sorang, sampai tahun depan baru aku habis menaip. Wahh itu tipu. Aku cuma malas. Kiranya yg aku cerita ni ada special character yg aku suka dan tak suka ah. Salah satu sebab aku nak resign pun sebab tak suka sesetengah krew yg cakap belakang. Pernah dengar talam dua muka? Depan kita baik kemain so sweet bagai, belakang-belakang, entah-entah kalau boleh kumpul kata-kata dia, dah lima bakul dia mengutuk kau. Dia lima bakul,aku balas sepuluh bakul nanti. Hahaha buruk perangai betul aku ni.Jangan tiru perangai ni. Tak elok untuk janin anda. 

Rasanya sampai sini je dulu sesi gossip gossip Mak Jemah bersama uolls. Aku dah penat dan nak mandi kerana Malaysia kan tengah kemarau. Kau kena rajin mandi dan minum air untuk mengelakkan dehidrate okay? Musim panas ni macam macam penyakit ada. So, sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah hujan angkat kain baju cecepat. *apa kena mengena?*

Okaylah, take care. Adios, amigos, Assalamualaikum :)


*baju merah tu adik aku. Gambar aku belum ada lagi untuk diabadikan dalam ni. Baju biru unifrom lelaki. Baju kelabu manager. Btw, yg bawah tu bukan Kiki. Itu kak Amalina :) Manager paling brutal wa cakap lu*

No comments:

Post a Comment