JellyPages.com

Sunday, 16 February 2014

Akhirnya!!

Pergghh apa sial tajuk entry macam tak syok je. Ah lantak sama dia! Sekarang blog aku dah berubah. Dah jadi cantik macam tuannya. Aisehhh :p Punya lama aku bertungkus lumus menyiapkan dan mendapatkan design yg kuinginkan. Puihh ayat. Mohon sediakan baldi cecepat sebelum baca lebih banyak ayat yg bakal membuat anda termuntah pelangi tengah malam.

Whatever! Yang penting, aku dah boleh lega blog baru dah okay. Hope lepas ni aku tak lupa password lagi. Memang lawak kalau aku lupa password tetiba nak kena sign up acc baru, memang sumpah time tu aku hentak betul betul laptop ni kat dinding. Wa tak kira lu 3 bulan ka, tiga hari ka, wa hentak jugak, Wahh ayat dia kemain gangsta gituu. Sebelum aku hentak laptop ni, mak aku dah hentak kepala aku dulu. Mau hilang ingatan woo kena hentak dengan mak aku. Kau tak rasa lagi penangan dia. Belum lagi pengaki a.k.a kaki dia. Terus koma 39786890 tahun kau jawabnya. Okay, itu tipu. Nampak sangat membongak kan? Hahaha :p Sebenarnya, entry ini tercipta kerana rasa gembira aku terhadap blog yg ku design dari tadi. Eceehh padahal copy paste je code template dia tu, dah settle. Puihh cakap senang lah. Dari tadi, start aku bukak laptop pukul 10, sampai sekarang pukul 2 pagi baru settle. Nampak? Mengalahkan orang kerja opis. Poyo poyo je aku ni kan?

Apa apa jelah. Lepas ni, In Sya Allah aku akan kerap mempost entry pada masa akan datang. Puihh ayat mcm ramai sangat yg baca blog dia ni -____- Padahal aku sendiri tulis, aku sendiri baca. Perghh forever alone gila dohh. Err apa apa jelah Makcik Idah. Wa tidur dulu. Kira lah berapa jam je aku tidur. Kerja pukul 7 pagi. Cikgu math ajar mengira kan? Sape yg dah besar gajah dah boleh jadi bapak orang tapi still tak boleh kira lagi, perghhh korang mengecewakan cikgu math korang doh. Jatuhlah maruah dia anak murid still tak pandai mengira. Sedih dia kalau macam ni. Okay, apa aku merepek tengah malam ni?

Adios, amigos. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment